Menteri Besar, Datuk  Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pasukan itu dengan keanggotaan para pegawai dan juga pakar dalam bidang masing-masing.akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail.

Berucap semasa pembentangan Bajet 2018 dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, beliau berharap mereka dapat memastikan langkah itu direalisasikan dengan memberi impak kepada golongan sasar.

Katanya, bajet  kali ini banyak memberi fokus kepada perkara yang mungkin dianggap kecil bagi sesetengah pihak tetapi besar ertinya bagi kerajaan dan rakyat daripada segenap lapisan termasuk penjual nasi dagang dan jurumandi jenazah dengan manfaat untuk mereka.

“Begitu juga soal perkahwinan, manfaat untuk penarik beca, pemandu bas, pemandu teksi, PIBG, ibu tunggal, golongan OKU, imam bilal, golongan nelayan, pemandu bot penambang, qari dan qariah, pengusaha madu, pesakit buah pinggang, warga emas, golongan mahasiswa, golongan miskin dalam senarai e-kasih dan usahawan kecil.

“Bajet ini adalah bajet untuk mereka. Kita tidak bercakap soal yang terlalu tinggi melangit sedangkan ia mungkin tidak berpijak di bumi yang nyata. Kita bercakap mengenai perkara asas, memberi lebih fokus kepada apa yang penting buat rakyat,” ujarnya.

“Isu menangani peningkatan kos sara hidup, isu peluang pekerjaan dan isu perumahan diberi perhatian.

Mungkin kecil bagi kita, tetapi saya percaya, besar maknanya kepada rakyat,”ujarnya.- UTUSAN ONLINE