Netanyahu yang tiba di sini bagi menghadiri mesyuarat dengan Menteri-Menteri Luar EU mendakwa keputusan Trump membolehkan perjanjian damai di Asia Barat tercapai.

Walau bagaimanapun sekutu-sekutu rapat Israel seperti Republik Czech memberi amaran keputusan Trump memberi kesan buruk kepada usaha damai manakala Perancis mendesak status Baitulmuqaddis hanya boleh dipersetujui melalui perjanjian antara Israel dan Palestin.

Ketika ditanya wartawan berhubung keputusan Trump memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitulmuqaddis, Menteri Luar Czech. Lubomir Zaoralek berkata, tindakan itu tidak akan membantu negaranya. - Reuters