Pada aksi final, Azizulhasni yang diberi gelaran thepocketrocketman, 29, menewaskan rakan senegara, Mohd. Shah Firdaus Sahrom, 22, untuk menjelmakan emas individu pertamanya di Sukan SEA dan keenam untuk skuad basikal trek negara pada temasya kali ini.

Terdahulu, emas no. 110 hadir melalui Fatehah Mustapa yang seperti dijangka, tidak menghadapi masalah untuk menjuarai acara 200 meter pecut wanita.

Pada aksi final, Fatehah, 28, menewaskan rakan senegara, Farina Shawati Mohd. Adnan, 21. - UTUSAN ONLINE