Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Zainuddin Hussin berkata, persediaan itu diperkukuhkan dengan 556 kelengkapan logistik membabitkan bot, van, lori serta pacuan empat roda.

Beliau berkata, untuk keperluan keselamatan, sebanyak 2,656 jaket keselamatan disediakan.

"Selain itu, kita juga menyediakan sebanyak 737 pusat pemindahan yang mampu menampung seramai 215,955 mangsa.

“Semua jabatan dan agensi yang terlibat telah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi bencana banjir meliputi kekuatan anggota di barisan hadapan dan sokongan, kelengkapan logistik, kenderaan, bekalan makanan dan keperluan harian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Persediaan Menghadapi Bencana di Dewan Orang Ramai Kampung Manek Urai Lama di sini hari ini.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Zaitun Abdul Samad.

Zainuddin berkata, sebanyak 110 lokasi pendaratan helikopter turut disediakan untuk membantu memudahkan urusan menyelamat.

"Lokasi pendaratan helikopter ini disediakan di semua daerah dan yang tertinggi adalah di Kota Bharu iaitu 16 lokasi," katanya. - UTUSAN ONLINE