Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Altimet giat siapkan dua album terakhir

 Altimet
Altimet

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Dua buah album yang sedang disiapkan oleh Altimet bakal menjadi album terakhirnya sebelum dia bersara daripada membuat rakaman dan persembahan.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Amboi itu, perancangan untuk berhenti itu sudah dirancang sejak sepuluh tahun yang lalu.

"Dua buah album itu akan keluar pada tahun ini dan tahun hadapan. Selepas itu, tiada lagi album daripada Altimet dan ini sudah dirancang sejak sekian lama lagi.

"Antara sebab saya berhenti adalah kerana umur saya yang sudah melepasi 40 tahun dan saya mahukan cabaran lain dalam bidang muzik," katanya.

Tambah Altimet lagi, walaupun dia bakal berhenti daripada tampil dengan album baharu, itu tidak akan menjadi penghalang untuknya terus menghasilkan karya baru.

Baginya, minat pada muzik masih mendalam cuma sudah tiba masa untuk dia bekerja di belakang tabir pula.

Karya Altimet seperti lagu Amboi, Kalau Aku Kaya dan Negaraku merupakan antara lagunya yang mendapat sambutan baik sejak kebelakangan ini.

Namun, keputusan untuk berhenti menurut Altimet sudah ditetapkan sejak awal lagi dan keputusan itu tidak akan berubah.

"Saya memang kena rancang kerjaya seni dengan teliti kerana dalam industri muzik tempatan, kerja kami tidak punya pendapatan yang tetap.

"Jadi, adalah perlu untuk saya merancang perjalanan karier sendiri dan bertindak awal untuk berada di fasa seterusnya," jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain