IDRIS JUSOH
IDRIS JUSOH

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh melalui satu kenyataan berkata, teknologi itu berjaya membersihkan dan menukar air banjir kepada air yang boleh diminum dan digunakan untuk keperluan harian mangsa-mangsa banjir.

“Sistem ini mampu menghasilkan 1,000 liter air minuman bersih terawat untuk sehari serta 2,000 liter sehari untuk air terawat bagi kegunaan harian,

“Melalui kejayaan UTM ini, kementerian yakin ia dapat membantu mangsa banjir di Pekan dan ia akan dipinjamkan kepada pihak sekolah sehingga banjir reda dan Pusat Penempatan Sementara (PPS) ditutup secara rasmi,” ujar kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika mencemar duli melawat mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, di sini hari ini turut berkenan untuk merasai sendiri air yang dirawat menggunakan sistem berkenaan. - UTUSAN ONLINE.