Dalam kejadian itu, sebanyak 15 orang Sahabat AIM merupakan mangsa kebakaran tersebut. 

Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz berkata, pendekatan agensi itu berbeza kerana memiliki Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) yang sedikit sebanyak dapat membantu para peminjam di bawah skim itu yang ditimpa kesusahan.

Katanya, antara manfaatnya ialah sumbangan RM200 untuk setiap orang yang terjejas akibat kerugian atau kemusnahan projek.

Selain itu katanya, mereka juga ditawarkan penangguhan bayar balik atau penjadualan semula pinjaman yang diuruskan melalui pihak cawangan.

"Insentif tambahan yang ditawarkan AIM melalui Unit Pembangunan Usahawannya berbentuk latihan bersesuaian untuk memotivasikan Sahabat  bangkit kembali serta kerjasama dengan Pihat Berkuasa Tempatan bagi mendapatkan tapak perniagaan sementara," katanya. - UTUSAN ONLINE