Md. Jais Sarday
Md. Jais Sarday

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday berkata,  permohonan cuti itu dimaklumkan dalam mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa negeri di Kota Iskandar,  dekat sini sebentar tadi.

"Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan perkara tersebut semasa mesyuarat sebentar tadi. 

"Dimaklumkan Abd. Latiff mengemukakan permohonan itu kepada Menteri Besar sebelum mesyuarat tersebut bermula," katanya dalam sidang akhbar. - UTUSAN ONLINE