Dalam sidang pertama hari ini, sejumlah 1,036 graduan telah menerima ijazah dan diploma masing-masing.

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir yang juga merupakan Canselor UKM berkenan berangkat ke sidang pertama majlis tersebut.

Daripada jumlah itu, 596 graduan akan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 3,025 Ijazah Sarjana, 204 Ijazah Sarjana Kepakaran Perubatan, 10 Ijazah Sarjana kepakaran Pergigian, lapan Ijazah Kepakaran Perubatan Lanjutan Dermatologi, 4,025 Ijazah Sarjana Muda, 88 Diploma Pascasiswazah dan 16 orang penerima Diploma Lanjutan.

Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, melalui konvokesyen kali ini, alumni UKM kini berjumlah 198,142 orang. - UTUSAN ONLINE