Ketua Polis daerah, Superintenden Raub Selamat berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Viva dan bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke sini.

“Apabila Bas tersebut sampai di tempat kejadian, tiba-tiba datang sebuah kereta tersebut dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan berpusing beberapa kali.

“Kereta berkenaan kemudian bertembung dengan bas eksres tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut tiga penumpang meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara satu penumpang meninggal dunia di Hospital Segamat,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE