Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr. Mohd Ismail Abd Aziz berkata,  dasar itu sejajar dengan usaha menyediakan graduan yang kompeten dan holistik bagi ke­perluan dalam pelbagai sektor pekerjaan.

"Kita sentiasa mengikuti kehendak semasa pasaran terutama dalam industri dan akan terus melakukan penambahbaikan agar dapat memenuhi kehendak industri sekarang.

"Pelbagai strategi dilakukan antaranya dengan membawa masuk industri ke dalam kampus agar pelajar mampu memperoleh pengalaman dan lebih terdedah dengan keadaan sebenar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini hari ini.

Seramai 293 graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik PKB telah menerima Diploma Kejuruteraan Elektrik dalam pelbagai bidang perkhususan hari ini.

Dalam pada itu , Mohd Ismail berkata, PKB juga terus berusaha dalam melahirkan levih ramai graduan dalam bidang kejuruteraan elektrik sejajar dengan tuntutan Revolusi Industri 4.0 yang akan berlaku. - UTUSAN ONLINE