MUHAMMAD ZAHARI OTHMAN
MUHAMMAD ZAHARI OTHMAN

Pengarah Pendidikan Negeri, Muhammad Zahari Othman berkata, jumlah tersebut melibatkan sebanyak 595 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri ini.

“Pendaftaran murid tahun satu di semua sekolah khususnya di negeri ini berjalan lancar dan saya juga sudah berpesan kepada semua pengetua sekolah supaya meraikan guru-guru yang baharu ditempatkan kembali bertugas di negeri ini.

“Ini penting bagi semua pihak untuk sama-sama menyahut cabaran membentuk kemenjadian murid baik dari segi sahsiah, kurikulum, kokurikulum dan aspek psikologi seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Lawatan Pemantauan Hari Pertama Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Demit 2 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Mohd. Ezani Awang dan Guru Besar sekolah berkenaan, Rusli Mat.

Kementerian Pendidikan memaklumkan penggal persekolahan bagi sekolah-sekolah di negeri kumpulan A sesi 2018 bermula 1 Januari hingga 22 November.

Sekolah-sekolah di negeri kumpulan B pula akan bermula pada 2 Januari dan berakhir pada 23 November 2018.

Kumpulan A melibatkan sekolah bagi Kelantan, Terengganu, Kedah serta Johor manakala negeri-negeri lain berada dalam kelompok Kumpulan B. - UTUSAN ONLINE