Pengarah Pendidikan Putrajaya, Roaini Jaafar berkata, bagi murid tahun satu pula sebanyak 3,564 murid memulakan sesi persekolahan di 14 sekolah rendah di sini.

" Pada tahun ini, bilangan murid tahun satu di Putrajaya meningkat sebanyak 664 murid berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 2,900 murid.

 "Melihatkan kepada rekod murid tahun satu ini, ia menunjukkan pertambahan agak drastik serta mendadak sekali gus jumlah guru juga ditingkatkan bagi memenuhi keperluan tersebut," katanya dalam sidang akhbar sempena sesi persekolahan 2017 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) di sini.

Sehubungan itu, Roaini berkata, sebanyak 175 guru lagi ditambah bagi sesi persekolahan tahun ini berbanding sebanyak 1,500 guru yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah sini tahun lalu.-UTUSAN ONLINE