Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, pemandu treler berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika melalui pondok tambah nilai di susur masuk Hentian Jejantas Sungai Buloh menghala ke Jalan Duta.

Menurut sumber, treler tersebut dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Johor Bahru.

“Pemandu treler mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

“Kejadian menyebabkan dua laluan tol ditutup bagi menjalankan kerja-kerja mengalihkan 20 tan gula yang bertaburan di atas jalan,” katanya di sini. - UTUSAN

ONLINE