Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, daripada jumlah itu, 10,370 merupakan murid perempuan manakala murid lelaki seramai 10,261.

Katanya, bagi prasekolah pula, terdapat seramai 9,599 murid yang ditempatkan di 489 kelas di seluruh 316 sekolah.

“Selamat menempuh alam persekolahan kepada semua pelajar dan guru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafruddin, pelajar tingkatan satu yang melangkah ke sekolah menengah seluruh negeri adalah seramai 19759 orang dengan 10462 guru. - UTUSAN ONLINE