Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Jamil Mohamed berkata, daripada 2,285 calon layak mendapat sijil, seramai 44 mendapat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00. 

"Calon lulus 5P seramai 50 orang manakala 1,648 memperolen keputusan lulus 4P,"  katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan STPM di sini hari ini. 

Calon boleh menyemak keputusan di sekolah masing-masing bermula 12 tengah hari tadi dan calon persendirian akan mendapatkan keputusan itu melalui kiriman pos. 

Mereka turut boleh menyemak menerusi portal Lembaga Peperiksaan di www.mpm.edu.my atau khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM<RESULT>NO. KP dan menghantarnya ke 15888. - UTUSAN ONLINE.