Majlis  santai  tetapi meriah itu  turut dihadiri bekas Pegawai Kanan IPD Setiu, Deputi Supritenden  Polis Safri Man;  Asisten Supritenden Polis (ASP) Hazmi Husin dan ASP Zaki Deraman.

Pengerusi penganjur, Mohd Salleh Abdullah berkata, program itu diadakan bagi merapatkan semula hubungan antara para
pesara.

"Selepas ini kita merancang  membentuk satu jawatankuasa jawatankuasa bagi memimpin pertubuhan yang akan diwujudkan.

"Ini untuk memastikan pertubuhan kami berjalan dengan lancar dalam mengatur pelbagai aktiviti  bagi memberi manfaat kepada pesara-pesara terbabit," katanya ketika ditemui di sini, petang ini.-UTUSAN ONLINE