Ketibaan mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Summit Hotel, Ayer Keroh di sini sebelum itu telah melawat The Regalia Hotel, Tanjung Keling kira-kira pada pukul 11 pagi tadi.

Pelancong berkenaan kemudian dibawa untuk melawat Jalan Jonker dan selepas itu dipindahkan ke hotel di sini dan diberi makan petang yang dihoskan oleh pihak Sheng Tai International.

Antara tentatif program yang akan berlangsung selepas ini adalah sesi dialog dan perjumpaan bersama pihak pelabur sebelum diadakan jamuan makan malam di hotel tersebut.

Pelbagai lagi program akan dianjurkan yang berkaitan dengan budaya masyarakat tempatan seperti perkahwinan orang Melayu, sambutan dengan alunan kompang serta tarian kebudayaan. - UTUSAN ONLINE