Program yang diadakan serentak  di setiap daerah di negeri ini diadakan di Kota Putera Square Kampung Raja dekat sini.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Pehimi berkata, bagi membudayakan al- Quran dalam kehidupan,  kerajaan negeri terus berusaha memastikan setiap murid khatam  sebelum melangkah ke peringkat menengah.

Sehubungan itu katanya, masyarakat khususnya ibu bapa perlu  menyokong dan merangsang anak-anak agar  yang  celik  al-Quran dan menjadi bekalan dalam kehidupan masa depan.

Menurutnya, dengan penguasaan al-Quran dan menterjemahkan ajarannya akan turut  menjadi benteng diri dalam menghadapi  cabaran  yang semakin besar.-UTUSAN ONLINE.