Program tersebut dianjurkan Majlis Belia Kelantan (MBK) dan turut mendapat kerjasama Persatuan Silat Kebangsaan Negeri Kelantan serta Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

Pengarah Program, Mohd Shahbuddin Hashim berkata, program yang julung kali diadakan bertujuan mengangkat seni silat yang semakin terpinggir akibat arus pemodenan pada masa kini.

Katanya, antara aktiviti diadakan sepanjang program adalah kejohanan silat olahraga terbuka Kelantan, simfoni silat, persembahan silat tempur dan tarian silat.

“Pihak kami juga mengadakan satu slot khas iaitu Anugerah Tokoh Silat Kelantan bagi menghargai pesilat yang telah lama berjuang dalam memperkasakan silat khususnya di negeri ini.

“Kita berharap program ini dapat menarik minat para belia untuk menguasi seni bela diri ini agar tidak semakin dilupakan ," katanya ketika ditemui dalam program itu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Perkasa), Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan negeri, Mohd Nazri Yaacob dan Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim. - UTUSAN ONLINE