Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Rashid Mohd. Sidek berkata, daripada jumlah itu, seramai 502 calon memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke atas.

Katanya, Gred Purata Negeri pula mencatatkan 2.74 mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.03 iaitu 2.71.

"Sebanyak 17 buah sekolah memperolehi keputusan lulus 100 peratus pada peperiksaan STPM tahun lalu," katanya dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan STPM negeri Melaka di Jabatan Pendidikan Negeri di Bukit Baru di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE