Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah, Mohd. Zahari Md. Azahar berkata, PPS termasuklah di Dewan Orang Ramai Kampung Teladas, Surau Haji Othman Kampung Seberang Tayor Hulu, Surau Kampung Ban Ho, PPS Kampung Pasir Gajah dan Surau Kampung Pulau Tempurung.

Juga di Dewan Orang Ramai Kampung Batu 14, Masjid Batu 16, Masjid Batu 14, SK Bukit Mentok, Dewan Orang Ramai Felda Seberang Tayor, PPS Lubuk Megat, SK Binjai dan SK Cukai,

“Mereka(mangsa) terdiri daripada 399 lelaki dewasa, 373 wanita dewasa, 342 kanak- kanak dan 44 orang bayi,” katanya ketika ditemui lewat petang ini di sini. - UTUSAN ONLINE