Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata, sekiranya program tersebut berjaya pihaknya sedia menimbang untuk melaksanakannya ke sekolah-sekolah di negeri lain pula.

"Kita memuji usaha Badan Perhubungan MIC Johor ini. Mereka sebelum ini ada bertemu saya untuk berbincang hal ini dan saya gembira berjaya melaksanakannya," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Online selepas program Perkongsian Amalan Terbaik di Padang A, Angsana Mall Johor Bahru, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan, Datuk Mahmud Karim; Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif serta Pengurus dan Pengarang Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Kamalanathan mengulas langkah MIC Johor itu yang bertujuan mencari jalan membendung gejala tersebut di peringkat sekolah dengan kerjasama polis dan Jabatan Pendidikan negeri.

Majlis tersebut diadakan sempena Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kumpulan Utusan yang bermula kelmarin hingga Selasa ini.

Festival selama lima hari itu disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta dengan beberapa aktiviti turut diadakan antaranya pertandingan memasak, program khatam al-Quran perdana, pertandingan koir, klinik tulisan Jawi serta pembukaan 130 gerai pameran dan jualan. - UTUSAN ONLINE