Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suruhanjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Terengganu dibentuk

Majlis Dakwah Negara
PENGERUSI Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid (tiga dari kanan) selepas pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa Suruhanjaya MDN Terengganu di Kuala Terengganu petang ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA TERENGGANU 16 Mei - Suruhanjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Terengganu dibentuk hari ini bagi memperkukuhkan lagi fungsinya sebagai perantara dalam menyatukan perbezaan pendapat antara ahli politik, tokoh agama dan profesional di peringkat negeri.

Suruhanjaya itu diketuai oleh Bekas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Ismail Ali selaku Pesuruhjaya manakala Datuk Dr. Alias Abdullah sebagai Timbalan Pesuruhjaya dan Prof. Datuk Dr. Mohamed Anwar Omar Din (Naib Pesuruhjaya 1) serta Prof. Dr. Fadzli Adam (Naib Pesuruhjaya 2).

Pengerusi MDN, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, tiga dewan kerja utama turut dibentuk iaitu Dewan Ekonomi, Pendidikan dan Sosio-budaya yang bertindak sebagai badan perundingan dan pelaksanaan rancangan kerja terbaik ke arah memangkin perpaduan serta pembangunan ummah di negeri ini.

Katanya, penubuhan Suruhanjaya MDN Terengganu itu merupakan antara resolusi yang dicapai dalam Multaqa Ilmuwan dan Profesional Terengganu (MPIT) yang diadakan pada 25 Mac lalu di sini.

"Kita sememangnya berhasrat untuk membentuk MDN di peringkat negeri dan ketika ini inisiatif sama sudah digerakkan di Kelantan, Kedah serta Sabah.

"Semoga suruhanjaya ini dapat menyumbang secara aktif dalam mengembleng, menyelaras dan membangunkan ruang serta potensi yang wujud dalam kalangan ilmuwan, profesional, pendidik, aktivis dan anggota masyarakat ke arah memperkasakan dakwah dan mengangkat martabat umat Terengganu secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas pemilihan dan pelantikan ahli jawatankuasa suruhanjaya itu di sini petang ini.

Sehubungan itu, Mahmood Zuhdi mengajak semua pihak untuk berganding bahu serta bersama-sama memberikan sokongan kepada MDN Terengganu dalam merealisasikan usaha melestarikan dakwah dan pembangunan umat Terengganu dalam pelbagai bidang penting yang akan dikenal pasti dari semasa ke semasa. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain