Jelasnya, dakwaan konon Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kuasa lebih luas kepada Mohamed Azmin dalam peranannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi hanyalah persepsi sesetengah pihak.

“Tiada kem. Itu persepsi orang ramai sebab secara kebetulan portfolio yang diberikan iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk menteri melihat dan mengkaji, mungkin selepas ini ada lagi kementerian lain terlibat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sabtu lalu, sebuah portal tempatan melaporkan Dr. Mahathir memberi kuasa yang lebih kepada Mohamed Azmin sebagai langkah terbaharu mengapi-apikan persaingan dalam parti gabungan Pakatan Harapan selain membenarkan beliau mengukuhkan kedudukannya berbanding Anwar. - UTUSAN ONLINE.