Sebaliknya, Zambry menyerahkan kedudukan beliau kepada pucuk kepimpinan parti.

“Itu (laporan akhbar) hanya ramalan akhbar tersebut, terpulang kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputusan, tiada komen,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Czech, Rudolf Hykl di pejabatnya di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor mungkin bertanding di Parlimen Lumut.

Parlimen Lumut secara tradisinya ditandingi oleh MCA, sebelum tewas kepada calon PKR pada PRU-13.

Dalam PRU-13, calon PKR, Mohamad Imran Abd. Hamid mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Kong Cho Ha yang merupakan Ahli Parlimen Lumut sejak 1999 hingga 2013. - UTUSAN ONLINE