ZAINAL ABIDIN
ZAINAL ABIDIN

Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian kerana sibuk menjayakan beberapa projek untuk kemudahan rakyat Pulau Pinang pada masa depan.

"Kalau betul kita (Kerajaan Pusat) sabotaj, maka, kita tidak akan meneruskan projek jambatan kedua dengan kos mencecah RM4.5 bilion sebelum ini. Namun, kita teruskan juga projek itu hingga siap seperti yang dijadualkan.

"Pada masa yang sama, kita juga bina tiga lagi jalan penyuraian dengan kos keseluruhan RM1.1 bilion. Jadi, bila masa kita sabotaj projek mereka?

"Inilah bezanya antara kerajaan cekap (BN) dengan kerajaan tidak cekap. Kerajaan cekap, dia umum, dia jalan (projek) dan dia buat ikut jadual, tapi, kerajaan tak cekap ni pula sebaliknya," katanya. - UTUSAN ONLINE