Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

Pengerusi Badan Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar turut menzahirkan rasa kesal dan tidak percaya tindakan seumpamanya dibuat oleh seorang bekas menteri.

Noh berkata, tindakan Zaid itu juga merupakan bukti bahawa beliau adalah seorang pemimpin lapuk dan tiada harga diri.

“Tindakan beliau itu mencabar institusi diraja Selangor. Kenyataan yang tidak ada harga,” katanya dalam sidang akhbar di bilik sidang akhbar, Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Zaid menerusi akaun Twitter beliau mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis.

Menerusi kenyataan di media sosial itu, Zaid memberitahu Sultan Sharafuddin harus lebih berhati-hati dengan kata-kata baginda kerana tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar. - UTUSAN ONLINE