Zahidi Zainul Abidin
Zahidi Zainul Abidin

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak selain pencapaian cemerlang UMNO Bahagian itu yang mencapai kemenangan besar di Padang Besar dalam pilihan raya baru-baru ini.

“Sebab di Padang Besar kita menang semua enam kerusi, saya umumkan untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Besar itu berharap beliau mendapat sokongan bagi menduduki salah satu jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu seterusnya dapat membantu memperkasakan parti.

Zahidi, 57, merupakan penyandang kerusi Parlimen Padang Besar sejak 2013 dan pernah memegang beberapa jawatan penting di dalam parti termasuk Ketua Pemuda UMNO negeri dari 1998-2001, Exco Pemuda UMNO (2001-2004) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri pada 2011.

Antara pemimpin UMNO negeri ini yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan parti kali ini ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi jawatan Naib Presiden UMNO. - UTUSAN ONLINE