Beliau berkata, pemilihan terbuka di semua peringkat membolehkan setiap ahli UMNO bertanding semua jawatan.

Jelasnya, keterbukaan pemilihan tanpa syarat tertentu yang diputuskan oleh UMNO adalah ibu kepada segala demokrasi dalam sejarah pemilihan parti sejak 1988.

“Tahniah dan syabas atas kemenangan semua Ketua-ketua Pergerakan pada pemilihan Sabtu lalu.
 
“Ini memaparkan UMNO kini lebih terbuka,  demokratik dan inklusif yang membolehkan lebih 165,000 perwakilan membuat pilihan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pemilihan UMNO peringkat sayap yang berlangsung semalam.

Sebanyak 191 bahagian UMNO mengundi bagi memilih kepemimpinan ketiga-tiga sayap parti untuk tempoh 2018 hingga 2021. -UTUSAN ONLINE