AHMAD ZAHID HAMIDI

Selepas dipanggil pada 2 dan 3 Julai lalu, Presiden UMNO itu sekali lagi akan ke ibu pejabat agensi berkenaan pada Rabu ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sebab Ahmad Zahid dipanggil kali ini.

Menerusi hantaran dalam akaun Twitter hari ini, Ahmad Zahid menegaskan, beliau akan memberi kerjasama sepenuh­nya kepada agensi tersebut.

“Saya hanya akan memberi keterangan. Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM,” katanya.

Terdahulu, sumber membe­ritahu Utusan Malaysia bahawa Ahmad Zahid telah menerima waran pada minggu lalu untuk disoal siasat oleh SPRM, Rabu ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut meminta supaya tiada sebarang perhimpunan diadakan untuk bersolidariti dengan beliau di hadapan Ibu pejabat SPRM, Rabu ini.

Permintaan Ahmad Zahid itu rentetan gesaan dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam supaya orang ramai berkumpul di luar Ibu pejabat SPRM pada pukul 9.30 pagi Rabu ini sebagai tanda solidariti kepada Presiden parti itu.

“Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan Ibu pejabat SPRM,” ujar beliau.