Pengumuman itu dibuat Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai semasa melawat Bilik Gerakan MCA Bahagian Pulai, di sini sebentar tadi.

You Fong yang juga Timbalan Pengerusi Wanita MCA berkata, pihaknya yakin dapat merampas kembali DUN Perling yang dahulunya dikenali sebagai DUN Pengkalan Rintng.

“Pada PRU-13, kita hanya tewas (dengan majoriti) kecil di kerusi ini dan kali ini yakin untuk merampasnya kembali.

“Kerjasama yang baik antara MCA dan UMNO menerusi Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan memberi manfaat kepada pengundi di kawasan ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE