Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, selain Sarimah, turut menerima watikah pelantikan adalah Dr. Azfar Mohamad Mustafar (Perancis), Tan Yang Thai (Sri Lanka), Datuk Roslan Abdul Rahman (Cuba), Muzafar Shah Mustafa (Mexico) dan Hendy Assan (Uzbekistan).

Menurut kenyataan itu lagi, empat lagi adalah Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah (Ukraine), Datuk Mohammad Ali Selamat (Kuwait), Mohamad Razdan Jamil (Sudan), Ilham Tuah Illias (Fiji).

“Majlis penyerahan watikah yang berlangsung di Istana Negara itu telah dihadiri Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah,” kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE