Keyakinan itu dilaungkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang percaya Ahli-Ahli Parlimen parti itu tidak mahu meninggalkan UMNO, malah mahu terus kekal bersamanya.

"Di bawah UMNO terus kuat, perkukuh diri sebagai sebahagian gagasan pembangkang. Tidak perlu kita ketuk pintu atau pintu kita diketuk untuk buat rundingan.

"Kita harus bergerak sebagai parti yang kuat dan bersama-sama. Ahli-Ahli Parlimen aset kita, harus kukuh perpaduan sesama kita," kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE