Annuar berkata, keadaan tersebut berada di luar kawalan UMNO dan setiap keputusan dibuat atas pertimbangan masing-masing.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci siapa pemimpin berkenaan.

"Kita tidak mungkin boleh mengawal ahli-ahli kita, nak tambat, nak ikat mereka dan saya tidak fikir politik seharusnya begitu.

"Dalam politik ini kita kena tengok tiada kawan atau musuh yang tetap," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Annuar juga secara sinis berkata, jika beliau bertindak meninggalkan UMNO, sudah menjadi kewajipan untuknya mengosongkan kerusi Parlimen Ketereh yang dimenangi.

Hal ini kerana, tegas beliau, kemenangan tersebut adalah milik UMNO dan bukan hak persendirian.

"Duit deposit bertanding UMNO bayar, peruntukan pilihan raya UMNO bagi, lambang UMNO yang bagi.

"Jadi kalau kita berprinsip dan rasa UMNO ini tak releven maka jangan bawa harta UMNO pergi," katanya. - UTUSAN ONLINE