Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Md. Farid Md. Rafik berkata, keperluan mewujudkan kementerian itu adalah penting berikutan peranan jabatan berkenaan terhadap negara adalah meluas.

“Kini perpaduan berfungsi sebagai sebuah jabatan dan kita masih berbincang untuk cuba menjadikannya sebagai satu struktur yang lebih mantap, mungkin adalah lebih baik jika mempunyai struktur yang berkuasa sebagai satu kementerian.

“Bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan dan ia juga memerlukan persetujuan di beberapa peringkat termasuk jabatan, kabinet dan Perdana Menteri khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Ronda Versi 7.0 Seminar Keselamatan Kejiranan dan Semarak Kemerdekaan Peringkat Muar di Taman Pagoh Jaya 2, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Muar, Haffiz Ahmad, Pengarah Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan, Rajali Mudin dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti negeri, Safidah Abu Samah. - UTUSAN ONLINE