DR. SALLEH SAID KERUAK
DR. SALLEH SAID KERUAK

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bagi ahl politik berkenaan, fitnah dan penipuan pula dianggap sebagai isu remeh.

Justeru itu, beliau meminta semua pihak berwaspada dengan ahli-ahli politik berkenaan memandangkan rakyat merupakan perkara terakhir di dalam fikiran mereka.

“Mereka membuat janji untuk membeli undi dan apabila berkuasa mereka memberi berdozen alasan tidak dapat menunaikan janji-janji yang telah dibuat.

“Inilah sebabnya mengapa rakyat Malaysia perlu matang dalam berpolitik dan bijak dalam membezakan fakta dengan fiksyen,” katanya menerusi kenyataan di dalam laman blog sskeruak.blogspot.my hari ini. - UTUSAN ONLINE