M. KULA SEGARAN
M. KULA SEGARAN 

Mereka menyifatkan kenyataan pemimpin DAP itu tidak mencerminkan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini.


Seorang warga maya, Samuel Manokaran berkata, Kula Segaran tidak patut menggunakan perkauman untuk meraih undi dan beliau yang mewakili Pakatan Harapan sepatutnya bercakap mewakili semua kaum.

“Bagaimanapun kamu (Kula Segaran) melakukan kesilapan yang mana secara jelas ucapan kamu dalam rakaman video tersebut.

“Sila minta maaf dan terus ke hadapan dan rakyat akan melihat kamu secara budiman dan berintegriti,” katanya.

Bagi Dinesh Thillaivell, Kula Segaran secara jelas menggunakan perkauman yang membuktikan parti disertai beliau adalah rasis seperti diperkatakan oleh parti pembangkang.

“Saya fikir lebih baik kamu letak jawatan. Itu sahaja caranya,” ujarnya.

Semalam, Kula Segaran didakwa meminta pengundi India dalam DUN Rantau supaya mengundi Streram dalam PRK DUN Rantau.

Bagaimanapun, beliau mendakwa kenyataannya dalam video yang tular itu disalah tafsir. - UTUSAN ONLINE