Ketuanya, Tan Sri Sharizat Abd. Jalil berkata, jentera Barisan Nasional (BN) terutamanya Wanita UMNO tidak akan sambil lewa dan terus menjadi mata dan telinga kepada keperluan rakyat dan menyampaikannya kepada kerajaan.

"Walaupun keadaan pakatan pembangkang kini kucar-kacir dengan pelbagai masalah dalaman, Wanita UMNO akan bekerja keras menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kepong di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE