MINGGUAN: Setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan, Wanita tidak pernah jemu memperjuangkan tuntutan 30 peratus penglibatan golongan wanita sebagai pembuat keputusan, kenapa?

WAN MOHALINA: Pertama, per­juangan itu bukan untuk gene­rasi hari ini tetapi demi ge­nerasi akan datang. Dan untuk mewujudkan pemimpin akan datang seperti yang sering ditekankan oleh Ketua Wanita, kami mahu mencipta Ga­laxy of Stars iaitu bintang selepas legasi Wanita hari ini.

Kedua, hasrat itu bukan sahaja dibangkitkan oleh Wanita UMNO di Malaysia, tetapi turut menjadi agenda negara-negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hal ini kerana pencapaian itu adalah salah satu kriteria untuk sesebuah negara yang sedang membangun mencapai sta­tus negara maju.

Pandangan tentang keputusan perwakilan sebulat suara meluluskan usul tiada pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO?

WAN MOHALINA: Kerajaan hari ini diketuai oleh Presiden UMNO yang te­lah merangka pelan pembangu­nan yang inklusif.

Hari ini terbukti kita mempunyai barisan kepemimpinan yang kuat apabila pembangunan dapat dilaksanakan dengan cepat dan terperinci. Oleh yang demikian, Wa­nita UM­NO merasakan kedua-dua jawatan tersebut amat penting untuk dikekalkan.

Adakah Wanita bersedia meng­galas tanggungjawab dan amanah itu dengan baik untuk memastikan kemenangan BN?

WAN MOHALINA: Memang ha­rapan itu terlalu tinggi untuk Wa­nita memandangkan pergerakan ini yang akan mengetuai Pemuda dan Puteri menerusi Jalinan Rak­yat (JR) Plus, turun padang berte­mu akar umbi terma­suklah pe­ngundi yang masih di atas pagar.

Selain itu, Wanita juga akan beri tumpuan dalam aspek perang di­gital.

Bagaimana kedudukan UMNO Kedah pada masa ini, pada tahap mana sokongan majoriti pengundi terhadap BN berbanding sebelum ini?

WAN MOHALINA: Berdasarkan pemerhatian saya, dengan peranan dimainkan Menteri Besar sekarang, keadaan bertambah baik. Program-program berkonsepkan barakah yang beliau laksanakan kami lihat objektifnya sampai ke sasaran terutama di peringkat akar umbi.

Beliau orang lama dalam UMNO yang memahami senario sebenar parti di Kedah. Ini satu kelebihan untuk UMNO dan BN. Di Kedah, kami mempunyai harapan yang cerah untuk kekal mentadbir.

Adakah Wanita UMNO Kedah akan menuntut supaya ahli Wa­nita dipilih menjadi calon?

WAN MOHALINA: Memang per­juangan Wanita dalam politik tidak pernah terhenti apatah lagi untuk mencapai 30 peratus sebagai pembuat keputusan tetapi dalam masa sama kita akui golo­ngan lelaki lebih dominan dalam membuat keputusan.

Namun jangan nafikan kebolehan wanita, apabila diberi tanggungjawab, mereka akan laksanakan dengan ikhlas dan jujur sebab itu JR kuat.Wanita apabila me­lakukan sesuatu kerja, sentiasa memikirkan masa depan generasi akan datang.