Beliau berkata senarai calon berkenaan telah dikemukakan kepada Pengerusi Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk pertimbangan.

“Semua calon ini mempunyai kewibawaan dan saya yakin dengan potensi mereka untuk dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, semalam.

Armani, selaku Ketua Wanita UMNO Sabah, berkata jentera wanita UMNO dan BN yang merupakan tulang belakang parti sentiasa beradadalam keadaan bersedia sekiranya PRU14 diadakan pada bila-bila masa, sekali gus membantu parti menang besar dalam pilihan raya itu.

“Kami juga sentiasa turun padang dari semasa ke semasa bertemu rakyat. Selain itu, pendekatanJentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) juga memberi nilaitambah kepada usaha kita mendekati rakyat,” katanya.

JR Plus menggabungkan jentera pilihan raya sayap UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri serta turut melibatkan penyertaan partikomponen BN dan sayap masing-masing.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau juga akan dipilih sebagai calon baharu, Armani menyerahkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.- BERNAMA