Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH, Arvind Bharet berkata, ini bermakna pemberian wang tersebut dilaksanakan megikut lunas undang-undang.

“Wang itu merupakan pembayaran balik untuk menampung kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan PH yang datang dengan motosikal sendiri dari rumah mereka di kawasan pedalaman ke Tanah Rata pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

“Pembayaran balik ini akan diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai gambar yang tular dalam media sosial memaparkan beberapa individu memberikan wang daripada seorang wanita yang memakai baju PH. - UTUSAN ONLINE