Beliau yang juga Presiden PKR berkata, nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu adalah antara yang dicadangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"(Dakwaan) itu pandangan peribadi. Parti memang telah mengemukakan nama dan salah seorang adalah Menteri Besar (Amirudin).

"Beliau (Amirudin) telah pun mengangkat sumpah dan menjadi Menteri Besar, diteruskan dengan (pelantikan) exco kerajaan negeri Selangor," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Amirudin di pejabatnya, di sini hari ini.

Dr. Wan Azizah berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad, bahawa dirinya adalah satu-satunya calon yang mendapat sokongan majoriti menerusi surat daripada empat parti komponen PH iaitu PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) serta dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.-BERNAMA