Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, rakyat juga sudah muak dengan sikap Presiden PKR itu yang dilihat hanya mahu ‘memanaskan’ kerusi Parlimen tersebut.


Sehubungan itu, beliau melahirkan keyakinan istilah kubu kuat yang sering dirujuk pembangkang khususnya PKR di Parlimen berkenaan akan runtuh dan penduduknya akan melakukan perubahan berdasarkan sumbangan UMNO bahagian itu selama ini.


“Di peringkat Pusat, kita akan berikan perhatian khusus termasuk dari aspek kewangan dan menggerakkan jentera bagi memastikan impian merampas Parlimen ini menjadi kenyataan,” katanya selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.