Mahmud Zakaria
Mahmud Zakaria

Datuk Mahmud Zakaria (BN-Sungai Acheh) mendakwa, kerajaan negeri juga dilihat tidak memberi sebarang maklum balas kepada Norlela setiap kali membawa usul itu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini sebelum ini.

Bagaimanapun, pihaknya sebaliknya terkejut apabila tangisan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kejadian banjir dan ribut baru-baru ini mendapat perhatian ramai pihak terutamanya Kerajaan Persekutuan.

"Tangisan Guan Eng itu mendapat respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar serta pelbagai lagi.

"Malah, ketika itu Air Putih (Guan Eng) siap sambut dan pegang tangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dulu dia asyik mengata pasal cincin beliau," katanya dalam sidang DUN di sini.

Hujan lebat dalam tempoh yang lama serta ribut di negeri ini pada Sabtu lalu menyebabkan lebih 100 kawasan ditenggelami air serta banyak pokok tumbang hingga menyebabkan kediaman penduduk rosak. - UTUSAN ONLINE