Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Negara berkata, keputusan itu dibuat dengan tujuan untuk memperkuatkan semula parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

“Walaupun kita gagal dalam PRU-14, namun asas sokongan terhadap parti masih lagi kuat dengan adanya kira-kira 400,000 ahli berdaftar di seluruh Malaysia.

“Saya akan berusaha untuk mengenal pasti kelemahan parti dan memperbaikinya demi memastikan MIC terus relevan dalam arena politik negara,” katanya ketika berucap dalam majlis pengumuman beliau sebagai calon yang bertanding untuk Presiden MIC di Menara Manickavasagam, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden MIC, Datuk T. Mohan dan Datuk Jaspal Singh; Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, Datuk M. Saravanan. - UTUSAN ONLINE