Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Noraini Ahmad berkata, kesetiaan Wanita UMNO usah diragui kerana sejak dahulu ahli pergerakan itu sentiasa berpegang kepada prinsip melaksanakan amanah penuh keikhlasan.

“Sayang mereka kepada parti tidak boleh digugat. Dalam apa keadaan, Wanita masih setia.

“Mereka bukan sahaja tidak mahu parti ini dimatikan atau dikuburkan tetapi akan mengerah seluruh kudrat untuk membantu membangkitkan roh dan semangat UMNO,” katanya ketika ditemubual dalam program bual bicara Sembang Online sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE