Laporan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad kira-kira pukul 3 petang di Balai Polis Melaka Tengah, Banda Hilir di sini.

Turut bersama beliau ketika membuat laporan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Melaka, Wan Zahidi Wan Ismail; Setiausaha Badan Perhubungan Pas Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz dan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka, Mohd. Khoushaini Mohd. Naim.

Menurut Mohamad Ali, pihak berkuasa diminta untuk mengambil tindakan segera ke atas Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu kerana tindakan keterlaluannya boleh menyebabkan berlaku perpecahan kaum serta pergaduhan di negara ini.

HAMPIR 100 ahli UMNO dan Pas Melaka bersama pertubuhan bukan kerajaan lain berhimpun di hadapan Bala

HAMPIR 100 ahli UMNO dan Pas Melaka bersama pertubuhan bukan kerajaan lain berhimpun di hadapan Balai Polis Melaka Tengah selepas membuat laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, hari ini. - UTUSAN ONLINE/FADZLY IZAB

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) kena ambil tindakan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Waytha Moorthy adalah perkataan-perkataan yang memecah belah dan mengganggu gugat ketenteraman malah boleh menghancurkan perpaduan di negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu. - UTUSAN ONLINE