Melalui video Live yang dipaparkan di Facebook ADUN Stualang, Andrew Chen Kah Eng, seorang pemuda berkata, kehadiran Ahli Parlimen Gelang Patah itu pada masa ini tidak diperlukan.

"Kita ada ketua kampung, hormat sikit ketua kampung. Janganlah tidak hormat ketua kampung. Ini datang buat kita punya tempat.

"Masalah dia tidak beritahu kita. Tak boleh. Kita orang tidak setuju. Kenapa dia nak datang," kata penduduk tersebut.

Akibat bantahan itu Ahli Parlimen Gelang Patah dengan ahli Pakatan Harapan lain meninggalkan kampung yang pertama kali dijejakinya itu secara aman.

Terdahulu, dalam kekecohan tersebut Kit Siang turut diberikan peluang bercakap sebelum meninggalkan majlis yang diadakan di sebuah warung.- UTUSAN ONLINE