Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ahli majlis dilantikan terdiri daripada semua kaum iaitu Melayu, Orang Asli, Cina dan India.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berlaku adil kepada semua kaum, katanya ketika berucap merasmikan Puncak Arabella di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau turut menafikan kerajaan negeri dan akan bankrap dalam beberapa bulan lagi.

Menurut beliau, Pahang membentangkan bajet lebihan dan tidak bermasalah untuk menguruskan serta memajukan negeri.

Beliau juga berharap orang ramai tidak termakan dakyah semasa pilihan raya kecil di sini, kerana calon Pakatan Harapan kekeringan modal.

Wan Rosdy juga menjelaskan kerajaan negeri tidak berhasrat untuk merampas tanah rakyat yang menjadi tanah sebagai sumber kelansungan hidup.

Bagaimanapun, ujar beliau, jika tanah yang ditanam dengan tanaman memberi pulangan lumayan seperti durian musang king, tetapi sengaja membayar cukai.

Katanya, pada masa ini jumlah cukai tertunggak berjumlah RM81 juta. - UTUSAN ONLINE